REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO
Refleksi merupakan salah satu
langkah yang sangat penting yang perlu dilakukan guru setiap kali selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses
keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan kendiri dengan
tujuan untuk meningkatkan kemahiran seseorang guru. Refleksi kendiri
menitikberatkan penerokaan ‘domain affective’ (emosional mind), spiritual dan
pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang
dipelajari. Proses refleksi perlu dilakukan sebaik sahaja sesuatu pengajaran
dan catatan mesti dibuat pada ruang refleksi dalam buku persediaan.
Dalam melaksanakan Tugasan SCE 3108
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH,
saya telah ditugaskan untuk
melaksanakan pengajaran mikro. Saya telah meminta bantuan rakan sejawatan untuk
mengambil bahagian sebagai murid dalam pengajaran mikro yang dijalankan. Saya
telah memilih set refleksi dalam menyiapkan tugasan pengajaran mikro tersebut.
Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran mikro Sains - topik Haiwan dan Tumbuhan
Melindungi Diri, yang telah dilakukan, saya mendapati
terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut.
Disini terdapat beberapa kekuatan
pengajaran yang saya laksanakan seperti penggunaan gambar bersiri dapat
merangsang murid-murid untuk berfikir dan cuba membuat andaian. Ini secara
tidak langsung meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kritis. Selain itu,
gambar yang ditunjukkan juga bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak
diajar. Namun demikian, saya boleh menambahkan lagi daya tarikan dan minat
murid sekiranya gambar yang ditunjukkan digantikan dengan kad yang boleh
membuat aktiviti haiwan tersebut. Ini lebih membantu murid terutamanya yang
lemah untuk lebih faham sekiranya dibuat dalam bentuk audio dan visual dan
menampakkan situasi yang lebih nyata.
Kekuatan saya pada pengajaran ini
juga dari segi memberi kata-kata pujian kepada murid-murid setiap kali mereka
dapat menjawab dengan tepat. Dengan ini dapat membentuk keyakinan murid-murid
untuk turut serta pengajaran yang seterusnya.
Selain daripada itu, penggunaan
kad perkataan juga dapat membantu murid untuk
mengingat semula pelajaran yang
sudah dipelajari. Dengan penyediaan kad perkataan yang berwarna boleh menarik
minat murid untuk menumpukan perhatian mereka semasa membacakan kad-kad
perkataan tersebut. Sebagai meningkatkan lagi mutu pengajaran, saya boleh
menggunakan gambar atau nyanyian untuk memberikan lebih keseronokan bagi
menggantikan penggunaan kad perkataan.
Namun begitu, pada masa yang sama juga terdapat pelbagai
kelemahan yang harus saya perbaiki pada masa akan datang seperti saya mendapati
tempoh masa yang diambil terlalu panjang dan melebihi masa yang
dirancang. Dalam perancangan sepatutnya saya melaksanakan refleksi itu selama
lima minit tetapi ia telah dijalankan hampir sepuluh minit. Sebagai tindakan
susulan untuk memperbaiki pengajaran, saya perlu bijak menguruskan masa dan
merancang refleksi agar tidak mengambil masa yang terlalu lama.
Selain
itu, saya juga agak terlalu cepat penyampaian mengaitkan refleksi yang dilaksanakan dengan
isi atau tajuk pelajaran yang hendak diajar. Ini menjadikan pelaksanaan
pengajaran mikro menjadi gopoh dan membuatkan para pelajar mungkin
tertanya-tanya akan pelajaran yang dipelajari. Dengan demikian, saya perlulah
memperbaiki pengajaran supaya lebih tahu tempoh masa yang sesuai untuk
mengaitkan isi pelajaran.
Penggunaan gambar bersiri sebagai bahan bantu pengajaran
juga agak mengelirukan sehingga menyebabkan pelajar memberikan jawapan atau
maklum balas yang kurang tepat. Sya menyatakan demikian kerana saya sendiri
mendapati kad-kad yang disediakan mempunyai pelbagai jawapan sama dengan
keadaan isi pelajaran. Sebagai tindakan susulan saya haruslah menyediakan bahan
bantu mengajar terutamanya gambar yang lebih jelas dan pelbagai jenis binatang
agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan pada masa akan datang.
Di samping itu, penggunaan alat
bantu mengajar yang terlalu banyak juga boleh mengganggu kelancaran pelaksanaan
refleksi sehingga menjejaskan pengurusan
masa yang ditetapkan. Justeru itu, saya seharusnya menggunakan bahan yang
bersesuaian dan tidak terlalu banyak agar masa dapat dihadkan dan menjadikan
pelaksanaan refleksi lebih lancar.
Melalui refleksi yang dibuat, saya dapat menilai
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam
pengajaran mikro. Di samping itu, saya juga dapat memperbaiki setiap kelemahan
dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran agar
objektif yang dirancang akan dapat dicapai.
Kepelbagaian bahan bantu mengajar
sememangnya banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Namun
begitu, sekiranya saya bijak dan mahir mempelbagaikan bahan bantu pengajaran
dengan penggunaan pelbagai media yang lebih canggih terutamanya pengaplikasian
teknologi, proses pengajaran dan pembelajaran saya akan menjadi lebih
menyeronokkan dan dapat meningkatkan minat serta tumpuan murid.
No comments:
Post a Comment