Wednesday 3 October 2012

SEJARAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH



SAINS SEKOLAH RENDAH

MENGIMBAS KEMBALI

            Dalam sejarah perkembangan pendidikan sains sekolah rendah di Malaysia, ia boleh disimpulkan bahawa perubahan kurikulum adalah satu inovasi  (Kementerian Pelajaran dan UNESCO, 1988; SEAMEO-RECSAM, 1983; SEAMEO-RECSAM,  1973). Perubahan ini juga merupakan multidimensi dalam erti  kata lain ia melibatkan sekurang-kurangnya tiga dimensi  dalam  pelaksanaannya (Fullan, 1991). Komponen-komponennya  adalah seperti berikut:
(i)  penggunaan bahan-bahan kurikulum  yang disemak semula atau 
      baharu atau berteknologi; 
(ii)  penggunaan pendekatan baharu;
(iii)  pengubahsuaian kepercayaan, contohnya, andaian pedagogi dan  teori berkenaan polisi  baharu atau inovasi.
Pada pandangan kita semua perkembangan kurikulum di Malaysia setiap perubahan kurikulum yang berlaku akan dilaksanakan oleh  Kementerian Pendidikan dan akan disebarkan kepada semua sekolah-sekolah di negara ini.
  
KAJIAN ALAM SEMULAJADI
Pada akhir abad kesembilan belas hingga pertengahan abad kedua puluh, sains diajar di sekolah rendah sebagai Kajian Alam Semulajadi, melibatkan  pengetahuan tentang fakta- fakta dan hukum-hukum alam semulajadi sebagai asas penyiasatan saintifik.    Pengajaran sains di peringkat sekolah rendah telah dilaksanakan dalam semua bidang  bermakna semua matapelajaran digabungkan secara beransur-ansur dan dihubungkaitkan  dengan persekitaran  dan pengalaman seharian murid. 
Dalam mencapai negara yang sedang membangun, perkembangan kurikulum harus berubah . Satu kajian telah dilakukan dengan memperkenalkan Projek Khas.

PROJEK KHAS
            KajianAlam Semulajadi telahdigantikan dengan sukatan pelajaranSainsRenda hpada tahun 1965. Inovasi ini telah diadaptasikandari Nuffield Junior Science project,UK (1964 ),tetapi disesuaikan dengan keperluan tempatan. Kurikulumberasaskan subjek, di mana tumpuan adalah pada penguasaan peng etahuan saintifik dan bukannya ciri-ciri murid.
 Kebanyakan guru-guru sains disekolah rendah, terutamanyadi kawasan luar bandar mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah tetapi juga telah menerima latihan profesional yang tidak mencukupi dalam metodologi sains dan kandungan dalam mata pelajaran itusendiri. Mereka juga dilatih sebagai guru  untuk mengajar semua mata pelajaran sekolahrendah. Banyak amalan dalam bilik darjah berpusatkan buku teks dan penghafalan nota. 
Pencapaian  prestasi murid-murid   didapati  lemah di sekolah-sekolah rendah luar bandar, terutamanya dalam bidang sains, maka Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Projek Sains Rendah Khas (Projek Khas) pada tahun 1968. Projek ini menggunakan pendekatan baru untuk pengajaran sains bagi  sukatan pelajaran yang sedia ada. Rasional memperkenalkan pendekatan pengajaran yang baharu dan bukannya perubahan kurikulum adalah kerana Kementerian Pelajaran  mendapati bahawa guru-guru sudah biasa dengan sukatan pelajaran yang sedia ada.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Pada peringkat ini, murid-murid lebih diberi pendedahan yang bersifat orientasi peperiksaan semata-mata. Walaubagaimapun dalam menuju negara maju dan berinovasi, perubahan kurikulum harus dilakukan bagi memantapkan sistem pendidikan negara.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Pada tahun 2010 negara mengalami perubahan kurikulum pendidikan yang begitu hebat. Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) diperkenalkan. KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. Pada peringkat iniKSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Kepentingan pendidikan Sains dan Teknologi di Malaysia sememangnya telah diakui dan diterima oleh semua pihak. Ini terbukti dalam kesemua Rancangan Malaysia di mana pendidikan Sains dan Teknologi telah diberi penekanan penting. Pendidikan Sains sekolah rendah juga tidak terlepas daripada mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan rancangan masa depan negara terutamanya bagi mencapai Wawasan 2020.
  Sebagai sebuah Negara yang sedang pesat membangun, Malaysia telah melalui pelbagai perubahan atau reformasi dalam bidang pendidikan. Tujuan kurikulum ini direformasikan adalah semata-mata membuat penambahbaikkan bagi mewujudkan pelajar-pelajar yang boleh membawa kejayaan kepada Negara. Sekiranya kita melihat dalam konteks mata pelajaran sains, ia  amat jelas merupakan matlamat kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Semakan demi semakan telah dilakukan di dalam kurikulum  sains. Contohnya mulai tahun 2002 kurikulum sains telah disemak semula untuk memberi penekanan kepada pemerolehan pengetahuan dan penguasan proses sains melalui pendekatan pembelajaran berfikrah.

Friday 10 February 2012

SEK. KEB. LUBOK MERBAU PENDANG, KEDAH

JOHAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 MSSK ( D) 2012

NAIB JOHAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 LELAKI MSSK (D) 2012

TAHNIAH.....