SAINS
SEKOLAH RENDAH
MENGIMBAS
KEMBALI
Dalam sejarah perkembangan pendidikan
sains sekolah rendah di Malaysia, ia boleh disimpulkan bahawa perubahan
kurikulum adalah satu inovasi
(Kementerian Pelajaran dan UNESCO, 1988; SEAMEO-RECSAM, 1983;
SEAMEO-RECSAM, 1973). Perubahan ini juga
merupakan multidimensi dalam erti kata
lain ia melibatkan sekurang-kurangnya tiga dimensi dalam
pelaksanaannya (Fullan, 1991). Komponen-komponennya adalah seperti berikut:
(i)
penggunaan bahan-bahan kurikulum
yang disemak semula atau
baharu atau berteknologi;
(ii)
penggunaan pendekatan baharu;
(iii)
pengubahsuaian kepercayaan, contohnya, andaian pedagogi dan teori berkenaan polisi baharu atau inovasi.
Pada pandangan kita
semua perkembangan kurikulum di Malaysia setiap perubahan kurikulum yang
berlaku akan dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan dan akan disebarkan kepada semua sekolah-sekolah
di negara ini.
KAJIAN ALAM SEMULAJADI
Pada
akhir abad kesembilan belas hingga pertengahan abad kedua puluh, sains diajar
di sekolah rendah sebagai Kajian Alam Semulajadi, melibatkan pengetahuan tentang fakta- fakta dan
hukum-hukum alam semulajadi sebagai asas penyiasatan saintifik. Pengajaran sains di peringkat sekolah
rendah telah dilaksanakan dalam semua bidang
bermakna semua matapelajaran digabungkan secara beransur-ansur dan
dihubungkaitkan dengan persekitaran dan pengalaman seharian murid.
Dalam
mencapai negara yang sedang membangun, perkembangan kurikulum harus berubah .
Satu kajian telah dilakukan dengan memperkenalkan Projek Khas.
PROJEK KHAS
KajianAlam
Semulajadi telahdigantikan dengan sukatan pelajaranSainsRenda hpada tahun 1965.
Inovasi ini telah diadaptasikandari Nuffield Junior Science project,UK (1964
),tetapi disesuaikan dengan keperluan tempatan. Kurikulumberasaskan subjek, di
mana tumpuan adalah pada penguasaan peng etahuan saintifik dan bukannya
ciri-ciri murid.
Kebanyakan guru-guru sains disekolah rendah,
terutamanyadi kawasan luar bandar mempunyai latar belakang pendidikan yang
rendah tetapi juga telah menerima latihan profesional yang tidak mencukupi
dalam metodologi sains dan kandungan dalam mata pelajaran itusendiri. Mereka
juga dilatih sebagai guru untuk mengajar
semua mata pelajaran sekolahrendah. Banyak amalan dalam bilik darjah
berpusatkan buku teks dan penghafalan nota.
Pencapaian prestasi murid-murid didapati
lemah di sekolah-sekolah rendah luar bandar, terutamanya dalam bidang
sains, maka Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Projek Sains Rendah Khas
(Projek Khas) pada tahun 1968. Projek ini menggunakan pendekatan baru untuk
pengajaran sains bagi sukatan pelajaran
yang sedia ada. Rasional memperkenalkan pendekatan pengajaran yang baharu dan
bukannya perubahan kurikulum adalah kerana Kementerian Pelajaran mendapati bahawa guru-guru sudah biasa dengan
sukatan pelajaran yang sedia ada.
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH
RENDAH
KBSR adalah
reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam
Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca,
Menulis dan Mengira). Pada peringkat ini, murid-murid lebih diberi pendedahan
yang bersifat orientasi peperiksaan semata-mata. Walaubagaimapun dalam menuju
negara maju dan berinovasi, perubahan kurikulum harus dilakukan bagi
memantapkan sistem pendidikan negara.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Pada tahun
2010 negara mengalami perubahan kurikulum pendidikan yang begitu hebat.
Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) diperkenalkan. KSSR adalah
reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap
dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi
serta Keterampilan Diri. Pada peringkat iniKSSR menggunakan Elemen Kreativiti
dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara
eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul).
Kepentingan pendidikan Sains dan Teknologi di
Malaysia sememangnya telah diakui dan diterima oleh semua pihak. Ini terbukti
dalam kesemua Rancangan Malaysia di mana pendidikan Sains dan Teknologi telah
diberi penekanan penting. Pendidikan Sains sekolah rendah juga tidak terlepas
daripada mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan rancangan masa depan
negara terutamanya bagi mencapai Wawasan 2020.
Sebagai sebuah Negara yang sedang pesat membangun, Malaysia telah
melalui pelbagai perubahan atau reformasi dalam bidang pendidikan. Tujuan
kurikulum ini direformasikan adalah semata-mata membuat penambahbaikkan bagi
mewujudkan pelajar-pelajar yang boleh membawa kejayaan kepada Negara. Sekiranya
kita melihat dalam konteks mata pelajaran sains, ia amat jelas merupakan matlamat kerajaan dalam
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang sebaris dengan
negara-negara maju yang lain. Semakan demi semakan telah dilakukan di dalam
kurikulum sains. Contohnya mulai tahun
2002 kurikulum sains telah disemak semula untuk memberi penekanan kepada
pemerolehan pengetahuan dan penguasan proses sains melalui pendekatan
pembelajaran berfikrah.
assalammualaikum Cikgu..
ReplyDeleteBoleh saya dapatkan emel atau no telefon untuk dihubungi untuk saya bertanya tentang artikel cikgu. sbg rujukan untuk kajian thesis sy. Mohon jasa baik cikgu. Terima kasih.
Azwani
0194158571
8571wanikash@gmail.com