Tuesday 26 July 2011

Udara ialah keperluan asas tumbuhan.

1.         Tajuk               : Udara ialah keperluan asas tumbuhan.
2.         Pengenalan      : Udara merupakan salah satu sumber keperluan asas tumbuhan untuk terus hidup .

3.         Objektif           : Pada akhir eksperimen , kita dapat
a.          Menerangkan bahawa udara diperlukan untuk tumbuhan terus hidup.
b.          Biji benih kacang hijau tidak akan tumbuh kerana ketiadaan oksigen.

4.         Bahan dan Alat Radas
            i.Kacang hijau
ii. Air
iii. Cawan plastik
iv.Kapas

5.         Prosedur
1.         Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik yang telah     dimasukkan             kapas   basah.
2.         Manakala sebuah cawan plastik yang lain dipenuhkan dengan separuh penuh air dan beberapa biji kacang hijau diletakkan kedalamnya. Kacang hijau yang ditenggelami dengan air akan terhalang  daripada mendapat udara.
3.         Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

6.         Keputusan
            Mendapati bekas kacang hijau yang dipenuhkan air tidak tumbuh manakala bekas yang berisi sedikit air pada kapas basah kacang hijau tumbuh dengan jayanya.       

7.         Perbincangan
                        i. Berapakah masa yang diperlukan untuk pertumbuhan biji benih?
Masa yang diperlukan untuk pertumbuhan biji benih ialah 3 hari .
ii. Mengapakah bekas yang berisi air sedikit sahaja yang tumbuh sedangkan bekas yang berisi air yang penuh tidak tumbuh?
Bekas air yang penuh menghalang udara dan menutupi keseluruhan kacang hijau tersebut manakala bekas yang mengandungi sedikit air pada kapas basah tidak menghalang udara untuk sampai ke biji benih.

ii. Bahagian yang manakah akan tumbuh terlebih pada biji benih kacang hijau tersebut?
Dalam proses ini, bahagian akar akan tumbuh terlebih dahulu menuju ke sumber air (ransangan positf air) dan kemudian bahagian pucuk tumbuh menuju ke arah cahaya matahari (ransangan positif cahaya matahari) untuk mendapatkan bekalan udara.

 8.        Kesimpulan :
            Kacang hijau yang ditenggelami air tidak akan tumbuh kerana tiada oksigen ( udara ) . Oksigen memainkan peranan penting pertumbuhan biji benih.

9.          Rujukan : http://www2.estrellamountain.edu/faculty/


No comments:

Post a Comment