aku sebenar terpanggil nak menulis blog berkenaan ibubapa masa sekarang ni lama dah....tapi aku suka kaitkan dalam rumah dengan tempat anak2 bersekolah.
Dari segi penampilan....
Rambut tak digunting .Mana ada stails kalu tak simpan ekor kura kat belakang. Ibubapa suka kalau dari kecik dah pandai simpan ekor kura konon2ya anak akan jadi perhatian di mana2. Sebenarnya salah .........orang meluat tengok anak2 kecik lagi ( berusia 3-6 tahun ) dah dilatih menjadi TAK ELOK. taktaulah kalau orang lain bersetuju.
Kat leher lelaki pulak letak rantai mcm rantai ............. apalah nak jadi. mak bapak zaman sekarang. nak tegur nanti kata yang tak ikut peredaran zaman la....mengacau.....ada yang ajak bergaduh pun ada.
MEMANG TAK SESUAIKAN KALAU ANAK-ANAK 3-6 TAHUN DAH JADI MACAM NI.
Saturday, 5 January 2013
Wednesday, 3 October 2012
SEJARAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH
SAINS
SEKOLAH RENDAH
MENGIMBAS
KEMBALI
Dalam sejarah perkembangan pendidikan
sains sekolah rendah di Malaysia, ia boleh disimpulkan bahawa perubahan
kurikulum adalah satu inovasi
(Kementerian Pelajaran dan UNESCO, 1988; SEAMEO-RECSAM, 1983;
SEAMEO-RECSAM, 1973). Perubahan ini juga
merupakan multidimensi dalam erti kata
lain ia melibatkan sekurang-kurangnya tiga dimensi dalam
pelaksanaannya (Fullan, 1991). Komponen-komponennya adalah seperti berikut:
(i)
penggunaan bahan-bahan kurikulum
yang disemak semula atau
baharu atau berteknologi;
(ii)
penggunaan pendekatan baharu;
(iii)
pengubahsuaian kepercayaan, contohnya, andaian pedagogi dan teori berkenaan polisi baharu atau inovasi.
Pada pandangan kita
semua perkembangan kurikulum di Malaysia setiap perubahan kurikulum yang
berlaku akan dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan dan akan disebarkan kepada semua sekolah-sekolah
di negara ini.
KAJIAN ALAM SEMULAJADI
Pada
akhir abad kesembilan belas hingga pertengahan abad kedua puluh, sains diajar
di sekolah rendah sebagai Kajian Alam Semulajadi, melibatkan pengetahuan tentang fakta- fakta dan
hukum-hukum alam semulajadi sebagai asas penyiasatan saintifik. Pengajaran sains di peringkat sekolah
rendah telah dilaksanakan dalam semua bidang
bermakna semua matapelajaran digabungkan secara beransur-ansur dan
dihubungkaitkan dengan persekitaran dan pengalaman seharian murid.
Dalam
mencapai negara yang sedang membangun, perkembangan kurikulum harus berubah .
Satu kajian telah dilakukan dengan memperkenalkan Projek Khas.
PROJEK KHAS
KajianAlam
Semulajadi telahdigantikan dengan sukatan pelajaranSainsRenda hpada tahun 1965.
Inovasi ini telah diadaptasikandari Nuffield Junior Science project,UK (1964
),tetapi disesuaikan dengan keperluan tempatan. Kurikulumberasaskan subjek, di
mana tumpuan adalah pada penguasaan peng etahuan saintifik dan bukannya
ciri-ciri murid.
Kebanyakan guru-guru sains disekolah rendah,
terutamanyadi kawasan luar bandar mempunyai latar belakang pendidikan yang
rendah tetapi juga telah menerima latihan profesional yang tidak mencukupi
dalam metodologi sains dan kandungan dalam mata pelajaran itusendiri. Mereka
juga dilatih sebagai guru untuk mengajar
semua mata pelajaran sekolahrendah. Banyak amalan dalam bilik darjah
berpusatkan buku teks dan penghafalan nota.
Pencapaian prestasi murid-murid didapati
lemah di sekolah-sekolah rendah luar bandar, terutamanya dalam bidang
sains, maka Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Projek Sains Rendah Khas
(Projek Khas) pada tahun 1968. Projek ini menggunakan pendekatan baru untuk
pengajaran sains bagi sukatan pelajaran
yang sedia ada. Rasional memperkenalkan pendekatan pengajaran yang baharu dan
bukannya perubahan kurikulum adalah kerana Kementerian Pelajaran mendapati bahawa guru-guru sudah biasa dengan
sukatan pelajaran yang sedia ada.
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH
RENDAH
KBSR adalah
reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam
Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca,
Menulis dan Mengira). Pada peringkat ini, murid-murid lebih diberi pendedahan
yang bersifat orientasi peperiksaan semata-mata. Walaubagaimapun dalam menuju
negara maju dan berinovasi, perubahan kurikulum harus dilakukan bagi
memantapkan sistem pendidikan negara.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Pada tahun
2010 negara mengalami perubahan kurikulum pendidikan yang begitu hebat.
Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) diperkenalkan. KSSR adalah
reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap
dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi
serta Keterampilan Diri. Pada peringkat iniKSSR menggunakan Elemen Kreativiti
dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara
eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul).
Kepentingan pendidikan Sains dan Teknologi di
Malaysia sememangnya telah diakui dan diterima oleh semua pihak. Ini terbukti
dalam kesemua Rancangan Malaysia di mana pendidikan Sains dan Teknologi telah
diberi penekanan penting. Pendidikan Sains sekolah rendah juga tidak terlepas
daripada mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan rancangan masa depan
negara terutamanya bagi mencapai Wawasan 2020.
Sebagai sebuah Negara yang sedang pesat membangun, Malaysia telah
melalui pelbagai perubahan atau reformasi dalam bidang pendidikan. Tujuan
kurikulum ini direformasikan adalah semata-mata membuat penambahbaikkan bagi
mewujudkan pelajar-pelajar yang boleh membawa kejayaan kepada Negara. Sekiranya
kita melihat dalam konteks mata pelajaran sains, ia amat jelas merupakan matlamat kerajaan dalam
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang sebaris dengan
negara-negara maju yang lain. Semakan demi semakan telah dilakukan di dalam
kurikulum sains. Contohnya mulai tahun
2002 kurikulum sains telah disemak semula untuk memberi penekanan kepada
pemerolehan pengetahuan dan penguasan proses sains melalui pendekatan
pembelajaran berfikrah.
Friday, 10 February 2012
SEK. KEB. LUBOK MERBAU PENDANG, KEDAH
Sunday, 30 October 2011
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2
DRAF030311
SAINS HAYAT
| STANDARD KANDUNGAN | STANDARD PEMBELAJARAN | ||
| 1. MANUSIA | |||
| 1.1 | Memahami manusia mempunyai keperluan asas untuk hidup. | 1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4 1.1.5 1.1.6 | Murid boleh: Mengenal pasti keperluan asas manusia iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan. Menyatakankan kepentingan keperluan asas kepada manusia. Mengenal pasti makanan yang memberi tenaga, membantu tumbesaran, membantu menjaga kesihatan , membantu proses penyembuhan dan membantu menjaga kesihatan. Menaakul kepentingan pelbagai jenis makanan kepada manusia. Mencadangkan satu hidangan makanan dan menerangkan mengapa makanan tersebut dipilih. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. |
| 1.2 | Menghargai keperluan asas yang ada. | 1.2.1 1.2.2 | Murid boleh: Menerangkan makanan, air, udara dan tempat perlindungan yang bersih adalah penting untuk menjamin kesihatan. Mempraktikkan pengambilan pelbagai jenis makanan berkhasiat supaya sihat. |
DRAF030311
| STANDARD KANDUNGAN | STANDARD PEMBELAJARAN | ||
| 1.3 | Mengaplikasi pengetahuan tentang tumbesaran manusia. | 1.3.1 1.3.2 1.3.3 | Murid boleh: Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan saiz, tinggi dan berat. Membanding dan membezakan tumbesaran mereka dengan rakan dari segi saiz, tinggi dan berat dengan menjalankan aktiviti. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. |
| 2. HAIWAN | |||
| 2.1 | Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup. | 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6 2.1.7 | Murid boleh: Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan. Menyatakan kepentingan keperluan asas kepadaiwan. Memberi contoh haiwan dan makanan yang di makan. Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan. Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua,di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau kayu. Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan lain. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. |
| 2.2 | Menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita. | 2.2.1 | Murid boleh: Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan cara tidak menganiaya haiwan. |
DRAF030311
| STANDARD KANDUNGAN | STANDARD PEMBELAJARAN | ||
| 2.3 | Memahami tumbesaran haiwan. | 2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4 2.3.5 2.3.6 | Murid boleh: Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur. Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan. Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada haiwan sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz. Mengenal pasti anak haiwan yang menyerupai ibunya dan yang tidak menyerupai ibunya. Merekod perubahan tumbesaran haiwan seperti rama-rama atau katak dari segi rupa dengan memerhati haiwan sebenar. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. |
| 2.4 | Memahami pergerakan haiwan. | 2.4.1 2.4.2 2.4.3 2.4.4 | Murid boleh: Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat. Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat melalui aktiviti simulasi. Menyatakan kepentingan pergerakan kepada haiwan. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)