Saturday 20 August 2011

Teori Pembelajaran Konstruktivisme di Sekolah



BAB 1 : PENGENALAN
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.  
         Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
1.1      LATAR BELAKANG KAJIAN
Di dalam projek yang dihasilkan ini, terdapat kajian tinjuan secara ringkas mengenai cara kanak-kanak mempelajari sains. Terdapat tiga orang guru telah memberi kerjasama dalam melaksanakan tugasan ini.
1.2      TUJUAN DAN OBJEKTIF
a.         Ciri-ciri pengajaran konstruktivis di dalam sains dapat dipraktikkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran sesuai dengan keadaan semasa.
b.         Peranan guru-guru dalam pengajaran konstruktivis.
c.         Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran sains kanak-kanak .
d.         Serta pengalaman sains yang sepatutnya berlaku di dalam bilik darjah.

1.3      SUBJEK KAJIAN
            SAINS SEKOLAH RENDAH.

LAPORAN TINJAUAN
Bina soalan berdasarkan maklumat berkenaan pembelajaran konstruktivisme. Bersoal jawab soalan tersebut bersama-sama rakan sekolah.
Pada bahagian ini , penulis telah menemubual 2 rakan setugas.

Nama Guru   : EN. AHMAD TERMIZI BIN MOHAMAD
Akedemik      : DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA
Umur              : 31 TAHUN
Pengalaman mengajar matapelajaran Sains : 10 TAHUN

Pertemuan pertama di Makmal Komputer. ( 1.8.2011 jam 9.45 pagi – 10.00 pagi )
Penulis                     : Assalamualaikum cikgu Termizi, apa khabar?
Cikgu Termizi           : Waalaikum salam. Khabar baik.
Penulis                     : Boleh luangkan sedikit masa untuk soal siasat sedikit pembincangan ilmiah berkenaan ilmu Konstruktivis?
 Cikgu Termizi          : Boleh . Tiada masalah.
Penulis                     : Apakah yang cikgu faham berkenaan dengan konstruktivis ?
Cikgu Termizi           : Konstruktivisme pada pandangan saya ialah merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman-pengalaman lepas .
Penulis                     : Pembelajaran berasaskan pengalaman. Setujukah cikgu jika saya katakan  bahawa pembelajaran konstruktivisme?

Cikgu Termizi           : Setuju kerana murid-murid mudah mendapat ilmu  pengetahuan melalui pengalaman mereka lalui sendiri.
Penulis                     : Sebagai guru sains, bagaimanakah cara untuk menarik minat murid-murid belajar sains ?

Cikgu Termizi           : Bagi menarik minat murid terhadap sains, saya lebih suka murid-murid meneroka sendiri apa yang dipelajari pada sesuatu topik terlebih dahulu. Itupun bersesuaian dengan tahap murid itu sendiri.
Penulis                     : Terima kasih Cikgu Termizi. Semoga kerjasama yang diberikan mendapat keberkatan.
Cikgu Termizi           : Sama-sama.

 

Pertemuan Kedua.
Nama : MOHD. SHUIB BIN HASHIM
Akademik : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN
Umur : 45 TAHUN
Pengalaman mengajar matapelajaran Sains : 18 TAHUN
Pertemuan kedua di Bilik Koperasi. ( 11.8.2011 jam 08.45 pagi – 9.00 pagi )
Penulis                     : Assalamualaikum cikgu Shuib, apa khabar?
Cikgu Shuib             : Waalaikum salam. Khabar baik.
Penulis                     : Boleh luangkan sedikit masa untuk soal siasat sedikit pembincangan ilmiah berkenaan ilmu Konstruktivis?
 Cikgu Shuib                        : Boleh . Ada masa kelapangan sedikit hari ini.
Penulis                     : Apakah yang cikgu faham berkenaan dengan konstruktivis ?
Cikgu Shuib            : Konstruktivisme pada pandangan saya ialah merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman-pengalaman lepas . Murid-murid memproleh ilmu berdasarkan pengalaman yang mereka lalui sendiri. Pengalaman yang ada tersebut diserap dan didedahkan semula semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Penulis                     : Pembelajaran berasaskan pengalaman. Setujukah cikgu jika saya katakan  bahawa pembelajaran konstruktivisme?

Cikgu Shuib             : Sangat bersetuju. Dengan menggunakan 5 fasa dengan betul, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.
Penulis                     : Sebagai guru sains, bagaimanakah cara untuk menarik minat murid-murid belajar sains ?

Cikgu Shuib             : Saya mempelbagaikan cara penyampaian di dalam kelas bagi subjek sains. Saya lebih suka menggunakan pendekatan teknologi . Murid-murid akan berasa seronok jika guru menayangkan kepada mereka secara lebih dekat lagi.
Penulis                     : Terima kasih Cikgu Shuib .Semoga kerjasama yang diberikan mendapat keberkatan.
Cikgu Shuib : Sama-sama.

 
REFLEKSI LAPORAN TINJUAN

            Dalam melaksanakan tinjauan ini dapat di buat kesimpulan bahawa guru-guru terbabit boleh memberi makna teori konstruktivis dengan baik dan jelas. Walaupun terdapat sedikit perbezaan pengolahan, guru-guru menunjukkan kesungguhan dalam menjawab soalan ini.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan. Dengan bersetuju pendapat ketiga-tiga orang guru terbabit, dapat dinyatakan pembelajaran yang bermakna adalah mengikut teori pembelajaran konstruktivisme yang bersistematik dengan kreativiti guru.

BAB 2            TINJUAN LITERATUR
Dengan membuat rujukan melalui internet, buku, jurnal dan surat khabar. Ciri – ciri pengajaran konstruktivis di dalam pengajaran sains dihuraikan terperinci dan peranan guru di dalam pengajaran konstruktivis dijelaskan secara teratur.

2.1      CIRI-CIRI PENGAJARAN KONSTRUKTIVIS DI DALAM SAINS
1.         Setiap murid akan mencipta pengalaman baru dalam pembelajaran sains di peringkat sekolah rendah.
2.         Pembelajaran sains merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman yang dimanfaatkan pembelajaran seterusnya.
3.         Murid aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada dan bergantung kepada pengalaman tersebut.
4.         Dalam konteks pembelajaran, murid seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.
5.         Membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
6.         Perkara  dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada.
7.         Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman murid untuk menarik minat murid mengenali sains secara lebih dekat.
 
 
 2.2     PERANAN GURU DI DALAM PENGAJARAN KONSTRUKTIVIS
Sebagai seorang guru sains, guru hendaklah menarik minat murid-murid belajar sains dengan cara pendekatan konstruktivis dengan berkesan. Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai. Berikut peranan guru di dalam pengajaran konstruktivis :
  1. Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid pada permulaan sesuatu pelajaran melalui soal jawab atau ujian.
  2. Guru menguji idea atau pendirian murid melalui aktiviti yang mencabar idea atau pendiriannya.
  3. Guru membimbing murid menstruktur semula idea.
  4. Guru memberi peluang kepada murid mengaplikasikan idea baru yang telah diperoleh untuk menguji kebenarannya.
  5. Guru membimbing murid membuat refleksi dan perbandingan idea lama dengan idea yang baru diperoleh.




 
BAB 3             LAPORAN TINJAUAN
Pada bahagian ini akan membicarakan berkenaan faktor-faktor utama yang mempengaruhi bagaimana kanak-kanak mempelajari sains dan jenis pengalaman sains yang sepatutnya berlaku di dalam bilik darjah. 

3.1      FAKTOR – FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI BAGAIMANA KANAK-KANAK MEMPELAJARI SAINS
Kanak-kanak suka  bermain,  suka  menyentuh  ,mencium  bau, membuka  dan  memasang  semula objek yang mereka tengok. Mereka akan tidak penat untuk  bertanya  banyak soalan, bagaimana  objek itu berfungsi? Siapa  buat objek itu?  Kanak-kanak mempunyai sifat ingin  tahu  yang  tinggi.  Mereka punyai tenaga yang banyak.
Begitulah  kanak-kanak belajar. Mereka  akan  gunakan  semua  deria  untuk belajar tentang  objek atau  fenomena  yang  sedang  mereka  kaji. Dengan  soalan-soalan  yang ditanya  mereka  mengumpul maklumat tentang  objek  yang  dikaji. Akhirnya  daripada pemerhatian  dan  jawapan  yang  mereka  terima  mereka  akan memahami objek atau fenomena yang dikaji. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kanak-kanak untuk belajar sains :

  1. Persekitaran
Kanak-kanak  mempunyai idea  mereka  sendiri tentang  objek atau fenomena  alam semulajadi. Mereka akan berasa gembira dan puas jika guru membawa mereka belajar di luar kelas dengan pendedahan luar lingkup minda mereka.
b.    Pendedahan 
Kanak-kanak mudah memprolehi maklumat daripada pengalaman yang mereka alami setiap hari semasa mereka bermain, perbualan, dan kejadian-kejadian yang diperhati di alam semulajadi atau yang disiarkan dalam media.
c.                          c. Peranan Media
           Pada masa kini, media merupakan medium utama pembelajaran kanak-kanak. Mereka   mudah memprolehi maklumat dengan cara membaca akhbar atau komik, menonton televisyen atau melayari internet. Oleh itu, media yang bersikap positif akan membentuk pemikiran kanak-kanak dalam subjek sains ke arah pemikiran yang absrtrak dan kosisten.
d.                           d. Kekeluargaan
Ibubapa seharus dan sepatutnya memberi galakan anak-anak mempelajari subjek sains pada peringkat kanak-kanak lagi. Kanak-kanak sering bertanya soalan yang banyak kepada ibubapa . Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab hendaklah memberi jawapan yang betul agar minat ingin tahu mereka luntur.

e.    Guru sebagai rujukan penting
Seperti mana yang sedia maklum, guru merupakan orang yang penting dalam memupuk kanak-kanak mempelajari subjek sains di sekolah rendah lagi. Guru perlu menyediakan pengalaman-pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai. Dengan pembelajaran dalam kelas yang berkesan, kanak-kanak akan merasakan subjek sains merupakan subjek paling diminati di sekolah.

                Kesimpulanya, semua pihak memainkan peranan penting bagi  menentu hala tuju kanak-kanak mempelajari sains. Walaupun terdapat perbezaan perkembangan individu, guru sains jangan atau mensisihkan mereka mempelajari sains . Dengan ilmu yang tersedia, masalah ini dapat diselesaikan secara bijaksana. Kanak-kanak mudah mendapat ilmu jika teori konstruktivis digunakan secara bijaksana dan kreativiti.

3.2      Jenis pengalaman sains yang sepatutnya berlaku dalam bilik darjah
            Secara dasarnya, pengalaman sepatutnya berlaku dalam bilik darjah dengan cara memberi pendedahan secara teori dan eksperimen yang berterusan. Sebenarnya idea kanak-kanak dibentuk oleh kanak-kanak itu sendiri dalam bilik darjah. Contohnya, amalan mematuhi arahan , susun atur radas yang dan adab semasa berada di dalam makmal sains. Pengalaman ini diterapkan secara teratur akan melahirkan pemikiran positif kepada kanak-kanak.
            Sebagai guru sains, haruslah memberi peluang kanak-kanak memberi idea setiap kali soalan yang di beri kepada mereka. Guru sains yang optimis menerima idea mereka yang bernas dan menilai keberkesanan semasa proses pembelajaran. Sepatutnya pengalaman seperti ini harus dinilai dengan wajar. Tidak hanya tertumpu kepada idea guru semata-mata.  
            Kanak-kanak akan minat belajar sains jika guru mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah. Kaedah “ Chalk and Talk “ sebenarnya melahirkan murid yang hanya menjadi pendengar yang setia. Guru harus mempraktikan penggunaan teknologi yang optimum. Penggunaan teknologi pendidikan akan menarik minat kanak-kanak mengenali lebih dekat dengan subjek sains. Sebenarnya guru harus memahami  bahawa teknologi pendidikan adalah wadah subjek sains di bilik darjah.
            Dalam konstruktivis, pembelajaran diprolehi berdasarkan pengalaman. Guru boleh membawa alatan atau bahan yang sesuai bagi kanak-kanak melalui sendiri pengalaman melakukan eksperimen di dalam kelas. Tidak hanya tertumpu kepada makmal sains sahaja.
Kesimpulan bagi jenis pengalaman sains yang sepatutnya berlaku di dalam bilik darjah terletak pada kanak-kanak dan guru itu sendiri. Pembelajaran akan menjadi pasif jika guru tidak mempraktikkan ilmu sains di bilik darjah dengan berkesan. Begitu juga kanak-kanak yang sentiasa diterapkan agar pembelajaran di dalam kelas juga lebih baik jika memberi minat dan tumpuan yang optimum.
 






REFLEKSI
Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi melaksanakannnya. Bagi diri penulis, kekuatan dalam menghasilkan tugasan ini pertama mendapat keterangan yang jelas mengenai teori pembelajaran konstruktivis yang pada sebelum ini kurang diberi tumpuan. Walaupun teori ini digunakan seharian tetapi penekanan pembelajaran masih pada tahap sederhana. Kedua, memahami ciri dan faktor yang dikehendaki teori pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan pendedahan ini, penulis dapat ilmu yang berguna untuk digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Ketiga, penulis juga merasakan satu pengalaman baru dalam menjayakan sesi temubual dengan rakan setugas berkenaan dengan teori konstruktivis.  Kerjasama yang diberikan oleh rakan setugas juga memainkan peranan dalam melaksanakan tugasan ini. Selain itu, kekuatan tugasan ini terletak pada cara olahan penulis sendiri dengan beberapa bahan ilmiah sebagai rujukan.
            Dalam menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang. Bagi penulis masalah pertama yang dihadapi ialah kesukaran mendapat maklumat yang berkaitan dengan teori konstruktivis. Pelbagai jurnulis memberi ulasan yang pelbagai mengenai teori ini. Kebarangkalian ini timbul mungkin disebabkan pelbagai sumber harus di olah semula oleh penulis mengikut pengetahuan ilmu yang diprolehi.
            Kesukaran mendapat kerjasama dengan rakan setugas juga harus dipandang serius. Penulis perlu memilih masa yang sesuai dengan jadual guru yang ditemu ramah. Demi menyiapkan tugasan ini, penulis terpaksa berulang alik ke sana sini bertemu rakan setugas untuk ditemu ramah. Apabila bertemu seorang demi seorang penulis terpaksa memberi penerangan terlebih dahulu berkenaan soalan yang hendak disoal memandangkan guru terbabit sudah lupa tentang teori konstruktivis.Dengan penerangan yang jelas, guru terbabit berjaya menjelaskan teori ini dengan cara kefahaman mereka sendiri.
            Masalah berbicara dengan rakan sekuliah juga memain peranan dalam menyiapkan tugasan ini. Memandangkan kami berada pada jarak dan tempat yang berbeza adalah sukar untuk membuat perbincangan bersama-sama.  Tugasan pertama memerlukan perbincangan yang jelas dalam melaksanakannya . Hanya perbincangan alam maya ( kemudahan telefon dan internet ) sahaja boleh dilakukan. Mungkin pada masa akan datang , kami akan berusaha melakukan perbincangan meja bulat.
            Pada masa akan datang , penulis mencadangkan beberapa langkah penambaikan menyiapkan sesuatu tugasan. Terdapat 2 cadangan penambahbaikan dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
            Pertama, perlunya mengurus  masa dengan tepat. Pandangan peribadi penulis menyatakan bahawa masa memainkan peranan penting dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Kegagalan mengurus masa dengan tepat telah menyebabkan penulis terpaksa berulang alik ke sana sini bertemu dengan rakan sekolah untuk di temu ramah.
            Kedua, dengan jaringan internet pada masa sekarang harus digunakan optimum yang mungkin. Tidak semestinya kita mencedok semua maklumat tersebut tetapi kita mengolah kembali mengikut kefahaman kita sendiri. Dengan cara demikian penguasaan ilmu dapat dipelbagaikan.
            Sebagai kesimpulan penulisan refleksi ini penulis berharap dengan penulisan teori konstruktivis ini dapat digunakan oleh semua lapisan pendidik . Sekian.